Selasa, 30 Jun 2009

My 3years Amiirah...


Ulang Tahun k-3

Sempat mara Zaid sentuh kek...


"Sayang mami........" ni la Mira akan cakap bila
da kena mara@bla masa dia btenang.
Bila da masuk 3thn ni, dia cepat melenting,
mara tiba2 dan barang menan dia jan sesekali sentuh.
Yang xsyoknya bla tme mengamuk, abis Zaid dikejakan
(mami dia pun kena cakar juga,..sabar sja la melayan)
Saya tak sampai hati juga nak mara lebih2 kat dia,
kecian,..sebab baru nak bermanja, da ada adik (Zaid).
Kadang2 terasa tension juga nak layan meragam dia ni
tapi tak juga putus asa nak cari jalan penyelesaian supaya
dia tidak kecewa dengan cara layanan kita pada dia.
nasib bek ada artikel "Panas Baran" ni..
bole juga membantu...
Tingal nak buat pratikal kat Mira
kalu da tiba mengamuk tak tentu pasal,...

Perkembangan Mental Kanak-Kanak

Panas Baran

Apakah yang dimaksudkan dengan panas baran ?
Panas baran bermaksud luahan ketidakpuasan hati kanak-kanak atau tekanan yang dihadapi sehingga tidak tertanggung lalu menyebabkan kanak-kanak itu menjadi marah sehingga kadangkala menjejaskan emosi mereka seperti menjadi takut. Selalu berlaku pada kanak-kanak yang berumur 2-4 tahun dan terjadi kepada kanak-kanak laki-laki dan perempuan. Setengah kanak-kanak akan kerap mendapat panas baran dan setengahnya pula terjadi sesekali sahaja bergantung pada keadaan individu tersebut.

Apakah tanda dan gejala panas baran ?
Tindakbalas yang berlaku ialah :

  • Menangis
  • Menjerit
  • Menendang
  • Menghentak
  • Menahan nafas
  • Melontar benda atau barang

Apakah yang menyebabkan panas baran berlaku ?
Baran akan kelihatan apabila kanak-kanak itu

  • Berasa letih, lapar atau tidak selesa
  • Tidak mendapat apa yang dikehendaki
  • Tidak mendapat perhatian

Bagaimana panas baran dapat ditangani ?
Ciri-ciri yang dapat membantu ialah :

  • Elakkan berada dalam keadaan yang menjurus ke arah panas baran tersebut jikalau boleh. Contoh : jauhkan daripada objek yang kanak-kanak dapat capai. Cuba alih perhatian Kanak-kanak itu jika perlu.
  • Perlu diingat, terutama kepada kanak-kanak, kurang perhatian ( contoh membiarkan diri dimarahi oleh ibubapa ) adalah lebih baik daripada tidak mendapat layanan .
  • Memberi penghargaan pada kelakuan yang baik adalah lebih elok daripada melayan kanak-kanak ketika dia baran.
  • Tenangkan diri. Panas baran kanak-kanak akan bertambah teruk jika kita sendiri berada dalam keadaan tidak tenang.
  • Perlu bersikap tegas.
  • Cari penyebab berlakunya baran tersebut dan cuba selesaikan secara beransur- ansur.
  • Jika kanak-kanak itu mendapat baran disebabkan dia ingin memiliki sesuatu yang dia tidak dapat, biarkan dan jangan layan kehendaknya tetapi perlu diawasi supaya dia berada dalam keadaan selamat.
  • Masa rehat (Time out )

Jika panas baran menjadi lebih buruk time out (masa rehat) sangat sesuai kepada kanak-kanak yang berumur lebih daripada 3 tahun. Pindahkan kanak-kanak itu dari tempat yang menjadikan dia baran dan letakkan dia di satu sudut di atas kerusi dalam jangkamasa tertentu, beri dia masa sekurang-kurangnya 1 minit untuk setiap tahun umurnya lakukan begitu sehingga dia dapat mengawal baran dan dapat tenangkan perasaannya. Beritahu dia kenapa dia perlu berbuat demikian. Bila kanak-kanak itu sudah selesai di beri masa rehat, jangan marah dia lagi, beri pujian kepadanya kerana ianya dapat menenangkan diri dan dapat mengawal dirinya sendiri.

Dipetik dari :http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/PanasBaranKANAK.php

Jumaat, 26 Jun 2009

Mencabarnya...


Emm..minggu ni la yg paling mencabar.
Minggu ni hubby masuk pusat kokum lg meninggalkan
kami anak-branak kt ruma. kalu dkat pusat kokum tu,
takpe..ni 8jam perjalanan nek darat,3jam udara-darat.
tiap kali hubby kuar kursus, mula la anak-anak
meragam malam, buat kes@jatuh terlbih men atau sakit...
sehari 2hari ni,..kakak n abg pula kena ruam panas.
da mula syak kena penyakit kanak2 tangan,kuku n mulut
sebab Zaid ada simptom tapak tangan dan kaki, dan mulut
ada bintik2 mera. Tkutnye...
Tak sabar nak bawa Zaid g klinik. Tengahari tu bw Mira g sekolah
sekejap nak minta kebenaran penyelia petang bawa Zaid g klink,
tak hapa2,..smpai sekolah Mira pula panas badan.
Da adikberadik g klink together-gether.
Alhamdulillah la..Dok cakap anak2 ok cuma kena
jangkitan kuman dan perubahan cuaca.
Adik-beradik ni suka mandi kolam mini depan ruma
sambil mandi manda tu, zaid gatal tangan membersih longkang
tepi ruma. Pembantu (dia tgok sja,xsmpat nk kejar Zaid.
xckup tangan nk jga,Nizar lg..)cakap zaid siap test bekas2 keropok
yang budak2 mengaji (nk mara,takut xdtg mngaji lg pula
@ada kes kena mara,smpi skrg xdtg mngaji)
buang sembarang kt longkang tu. Ish..Ish..Zaid.
Da...sakit n demam, dua2 kena ulser dlm mulut.
bila da ada ulser adik-beradik ni da tak bole nk makan@myusu.
Peningnye kepala xckup tidu 2mlm melayan ragam adik-beradik ni.
Meletop sja tida...
Apa2la anak-anakku,mami berkorban apa sja utk korang..

Khamis, 25 Jun 2009

Peringatan...

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Pengenalan

Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus (setakat ini terdapat 66 jenis telah dikenalpasti).

Deskripsi

Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempuh 5 hingga 7 hari..

Penyebab

Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus yang biasa yang menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio, virus Coxsackie dan Echovirus.

Di Malaysia, kuman Echovirus 7 atau Echo7 telah dikenalpasti sebagai virus yang menjadi punca kematian seorang kanak-kanak dan mungkin juga tiga kanak-kanak yang lain, baru-baru ini. Wabak penyakit HFM yang berlaku tempoh hari (Sarawak 1997) adalah disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus 71 (EV71). EV71 telah disah menyebabkan 4 dari 31 kematian akibat penyakit ini di Sarawak pada 1997

Cara penyakit ini merebak

Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyaki berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.

Tempoh pengeraman dan peringkat bagi penyakit HFM

Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara 2 hingga 6 hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari ke 5 hingga 7 tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempuh 10 hari. Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39 C.

Faktor-Faktor Risiko

Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan dari beberapa jenis virus yang lain dalam kelompok enterovirus.

Insidens

Biasanya penyakit ini menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara 2 minggu hingga 3 tahun. Virus Coxsackie 16A ialah agen penyakit tangan, kaki dan mulut yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana. Pada bulan September 2000, lebih daripada 1000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnoskan mengidap penyakit tangan, kaki dan mulut. Di Malaysia, pada bulan Oktober 2000, sebanyak 137 kes telah dilaporkan di negeri Johor sahaja yang merupakan 40% dari keseluruhan jumlah kes (362) yang dilaporkan sepanjang tahun 2000.

Tanda-Tanda Dan Gejala

Di antara gejala jangkitan ialah:
Demam
- Sakit tekak
Ulser pada tekak dan mulut
Sakit kepala
Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin
Hilang selera makan

Komplikasi

Kemungkinan berlakunya sawan berikutan deman panas.
Kemungkinan berlakunya jangkitan pada sistem saraf (seperti Meningitis virus atau Ensefalitis).
Kemungkinan terdapatnya keradangan pada otot jantung (Myocarditis).
-`Komplikasinya sangat merbahaya dan boleh membawa maut.

Ujian-Ujian

Diagnosis penyakit tangan, kaki dan mulut boleh dilakukan berasaskan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Biasanya pengesahan diagnosis melibatkan ujian darah yang dilakukan di makmal khas yang akan menentukan jenis virus yang terlibat.

Pemantauan

Sila hubungi doktor jika :-
Anak anda tidak membuang air kecil lebih dari 8 jam
Anak anda kelihatan begitu tidak sihat (kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin)
Demam yang berpanjangan sehingga lebih daripada 3 hari.
Kesakitan pada mulut semakin teruk.
Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.

Jika anak anda ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapat rawatan doktor segera. Jangan bersikap sambil lewa. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian.

Prognosis

Kebanyakkan kes penyakit HFM adalah yang ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 7 hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian
Pencegahan

Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri penyakit HFM jika telah disyaki. Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan. Secara amnya, orang awam hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut :-

Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan.
Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit HFM mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin. Jangan terlambat dalam mendapatkan rawatan.
Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasaraya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah-sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain.
Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas.
Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin.
Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci.
Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin.
Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya.
Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian.
Elakkan diri daripada mendekati pesakit penyakit HFM.
Pihak kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya.

Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFM tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak,
sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain.
Langkah berikut adalah cara lain untuk pencegah yang boleh diambil:-

1. Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFM tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor.
2. Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula.
3. Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mucus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencingl atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor.

Selasa, 23 Jun 2009

A thoughts....

Khas untuk suami tercinta..
TERIMA KASIH
kerana sentiasa berusaha melakukan
yang terbaik untuk family kita...
You're the best husband and father
in the world..

A Father Is:
There in every memory
See his love and care
Strength and hands to count on
Freely he does share
Provider, toil so faithfully
To make our dreams come true
Give strong and tender discipline
Though it is hard to do
A Father is Allah's chosen one
To lead the family
And point it to His will for life
Of love and harmony...
Sue Skeen


Specially for my dad...


Khas untuk dady saya...
Selamat menyambut Ulang tahun ke-59

father's birthday poems : OUR FATHERS
Our fathers toil with hands and heart
To make our lives complete.
They quietly brave the winter cold,
Endure the summer heat.

Our fathers' lives are busy, but
There's always time for us.
They boldly face the ups and downs
And seldom ever fuss.

Our fathers are the greatest dads.
We know you know this, too.
But thank you for the chance to share
Our love for them with you.

(c) by David A. Olds.



Isnin, 22 Jun 2009

Happy Father's Day..

Dictionary meaning of "Father"


A father is traditionally the male parent of a child. Like mothers, fathers may be categorised according to their biological, social or legal relationship with the child. Historically, the biological relationship paternity has been determinative of fatherhood. However, proof of paternity has been intrinsically problematic and so social rules often determined who would be regarded as a father e.g. the husband of the mother. This method of the determination of fatherhood has persisted since Roman times. The historical approach has been destabilised with the recent emergence of accurate scientific testing, particularly DNA testing. As a result, the law on fatherhood is undergoing rapid changes. In the United States, the Uniform Parentage Act essentially defines a father as a man who conceives a child through sexual intercourse.

Who Might be called a "Father"



Perhimpunan Sekolah....

Suatu hari,...d perhimpunan

Bila tengok pakaian murid tahun1, tekenang pula
saat seronok datang ke sekolah.
Balik saja dari sekolah,..mesti kena oleh mak.
Apa tida, pakaian n kasut sekolah bukan
kotoran besa,.kotoran degil tuu..
Bila da nek darjah3(dulu mana ada pakai tahun)
,.mak suru belajar basuh baju sndri (cukupla 3tahun kn).
Bila da basuh baju sndri,barula sedar betapa susahnya
mak memberus kotoran degil tu..hehe

tapi...murid2 skrg ni untung. Washingmachine la penyelesai
segala masalah.
Mak skrg da xsusa lg kn.
Saya pun xsabar nak antar mira g sekolah.

Mak ai banyaknya klip rambut..berbelang2 lg tu.
Bersemangat gler mem dia letak klip rambut ni.
"Mmm...anak mami kena pakai tudung tau..."

Soalan bonus : Kenapa budak perempuan mesti dikaitkan
dengan warna 'PINK'?

Nizar pandai da...



Hah,..Nizar 4blan ni da pandai meniarap sendiri laa..
Mira & Zaid dulu, 6bln baru nk meniarap..
Terpaksa la tdo di lantai ni..
takut juga kalu da pandai meniarap,.
slap2 jatu dari katil pula..

Mana selipar....

"jom lan,mi...,"..La,..Zaid,mana bole jalan kalu Zaid pakai
selipar sangsang@jipun mami. Apa sja jenis kasut@slipar kat
belakang ruma,msti dia test pakai,.lepas 2,siap ajak jalan lg.


Siap begaya dengan pistol menan ni nak bawa jalan
tapi pakai selipar tak betul lg..


Bawa jalan g tepi kolam ikan sja.
Kalu hubby ada,anak beranak duduk tepi kolam
memancing kat kolam ni. Hobi memancing da
bejangkit kat Zaid ni.

Ahad, 21 Jun 2009

Cuti-cuti balik kampung part3


Pakaian ni sma sja...takde mandi la lepas balik dr tamu.
Sampai sja kt ruma,adik-beradik merengek2 cari susu botol.
Penat gler,..cuaca kat kampung pun panas betul.
hah..entam sja la kalu tak mo mandi.

Seronok betul tengok adik-beradik men kat luar ruma.
Jarang bagi men kat halaman depan ruma.
Banyak kawasan larangan di luar ruma ni.
Halaman depan ruma, jalan raya besar-org bw keta F1.
Belakang ruma pula,1/2 ekar kolam ikan-takde pagar pula tu.
Mcm besa kamera canon digunakan
merakam detik2 keseronokan ini...hehehe

"Adi, jangan..ada pengegat,"..
mira belari smbil teriak kat Zaid.
Lucu juga dengar Mira marahkan Zaid.

Mira siap tunjuk kalu2 ada sarang lebah kt pokok limau nipis tu.


Zaid tak peduli,..da dapat satu pun. Siap test lagi rasanya.

Petang tu, habis bunga2 odu dorg dikerjakan oleh adik-beradik ni.

"Mami, gambar kak mira,...."


"Mi,naa tu yam,"...Zaid sibuk mengendap ayam jantan jiran sebelah.

Tengah fokus lense tu kat mira n zaid...
"Adi,ayamm di...ada kulit ayam,..." haha..
,..pegang kamera pun tak betul da menahan gelak
dengar mira sembang ngan Zaid.



selepas tamu,...

Lepas dari tamu,.tepaksa juga singah kt pekan kota Belud.
Mira balik2 tagih menan yang dia nak beli tu.
Terbang juga RM20 beli menan dorg kat kedai RM2
time2 gawat ni,..Sekrg kalu nak beli menan,
kena sama.kalu tak,gadu alah WWF berebut menan.
Lepas beli, dorg tak mo jalan da. Nak duduk dalam keta,men.
Bepeluh2 Zaid tunggu mami g beli barang keperluan len,
a-con full ni.kta pun mengigil kt dlm keta...

Mira dan Zaid sibuk dengan menan masing2.

Tak tau la berbaloi ke tak beli menan ni,...
Menan lego - tamu@RM18,Kedai RM2@RM7.50
Belon-tamu@RM8,Kedai RM2@RM1.50
mmm..ntah2 penjual kt tamu tu beli stok kat Kedai RM2 ni.

Selepas itu,...

Huhu,..banyak draft tapi takde masa nak publish.
Banyak betul iklan...baru separuh taip,
da ada peminat yang cari. tepaksa offline dan buat keja wajib
@mengasuh ank2. Ingat nak sambung mlm,..mlm pun kantoi juga.
Mata da berair menahan mengantuk.
Kalu letak sja kepala,confirm tdo punya...
Mlm ni kena publish draft2 yang da siap di edit,
klu tak, ceta da basi pula.

Khamis, 18 Jun 2009

Sehari di tamu Kota Belud..

Atas permintaan hubby, saya ajak adik bawa anak2 turun ke
tamu kota Belud. Sebenarnya hubby nak bagi tengok anak2,
dia tengah mengayuh basikal dari SMK Pekan2 ke tapak tamu KB,
sambil tu bawa anak2 meronda tamu tradisi KB. Sepanjang cuti
sekolah ni,hubby sibuk jadi jurulatih sempena
XPDC kokurikulum peringkat kebangsaan.
Kesian juga tengok Mira dan Zaid darurat dalam ruma
sepanjang cuti ni. Pantang sebut 'jom jalan',
melompat adik-beradik g bilik mandi.
Apa lg kalu kita da janji nak bawa jalan dari mlm semalam lg,.
subuh da gerak bawa mandi dan nak pakai baju jalan.

Anak-beranak tengah kongsi ice cendol.Haus,.jm7 pagi
matahari panas gler pg ni. Zaid tak sabar tunggu turn ni sampai tejerit2.
Makcik sebelah yg tengah pilih2 ken pun tekejut.
Apa hal anak branak berebut minum ice cendol ni tengah2 tamu.

Pening layan anak2 bla lalu gerai jual menan.
Harga menan kt cni 3x ganda jual kt kedai RM2..
"Bek kita beli kuih, mira...."

Mira : Mami,kak mira mo yang itu,...
Mami: nda bole, mami tiada duit..
Mira : Ada ba,..minta dadet..
Mami : tiada,.nanti la kita beli bla mami gaji.
Mira : Mo ba mami...mana dadet,.minta dadet ba..
"Dadeeettt,..minta duit,.."
Nasib bek adik ada time tu,..dia tolong saya pjuk mira.
Zaid pun sibuk juga nak o'men@ultramen yang tegantung.

Tengah tanya2 harga menan yang dijual..mahal laa..
Konon2 nak tawar sebab mira da melompat2,.beguling sja tida.
Harga fix juga,..Laa,..bek beli kat kedai RM2.

Basikal RM8ribu...Ble deposit MyV la.

Zaid tengah memerhati makcik jual sayur,...
Klu biar, msti nak tolong makcik susun sayur...

"Angkol, dukung..." mira minta kesian kt uncle dia.


Sempat posing lg...

Suasana tapak jual hasil orang kampung..




Rabu, 17 Jun 2009

Cuti-cuti balik kampung part2

Tanda amaran bapa nak letak kat tapak "ruma baru" kami nanti..
Sawah berair belum ditimbus tanah,tu la ramai org luar masuk
dlm premis persendirian nak tangkap ikan air tawar. Siap berpicnic
tepi sawah padi pula...ish ish...bukan tak bagi tapi kalu da tiap hari,.apa ceta.
hehehe....



Ni la aktiviti dua beradik kat ruma odu dan kakih dorg.
tak henti-henti memunggah barang dalam ruma nak
buat menan. odu dorg pun da pening melayan karenah
dua beradik ni. tapi yang seronoknya, ruma tak perna
sunyi. mesti ada sja di antara mira atau zaid buat lawak.
Nasib bek la Nizar masi kicik. Mami dorg pun pening
juga klu da 3beradik minta layan pada masa serentak.

"mami gambar",.... Mira suka jadi model bila saya
da pegang kamera mahal...hehehe...Ni la hobi baru saya.
Seronok pula....

Selasa, 16 Jun 2009

Selamat Hari Guru





Tak larat nak ceta banyak tentang peristiwa ni sebab
penat gler jadi photographer aktiviti ni...
sebenarnya itu alasan saja supaya kena suru
ikut lari-lari (blum recover lg dari sakit bersalin)
badan masi terasa bisa2 kena angin.
Kalu nak wat juga,..gerenti bsoknya kena
cari makcik urut. kalu nak diharapkan cik abang sayang,
bole salah urat kita....
yang selalu dihighlight,aktiviti makan-makan.
Murid bawa makanan khas nak jamu guru-guru
kesayangan dorg ni.Kenyang......Ma kasih la
banyak-banyak...

Isnin, 8 Jun 2009

Cuti-cuti balik kampung part1...


Kegembiraan balik kampung

Kawasan luas, luas pandangan, banyak bahan mentah,
banyak makan free, tiap hari jalan..
bla..bla...tida bole digambarkan keseronokan
bla tiba cuti sekolah.
Berbaloi duduk dalam keta 8jam gara2 nak balik kg.hehe

Cousin's Wedding





Rachellyinna & Nowel's BIG day..

Congratulation 4 both of you.
Gembira sangat sebab kali ni tak miss.
Kawen kedua2 abangnya tak dapat join
sebab tarikh tiket blik bercuti semanjung da fix.
Bole dikatakan tak rugi la balik kali ni. Ramai sepupu duai
balik dari jauh. kira wedding of the year la kat kampung
sebab 3ekor lembu tumbang,bahan2 menta utk majlis seruma,
6buah kem sewa,artis marsha(kawan sekolah) datang,
penari pusat kebudayaan buat persembahan,mmm..apa lagi ye.
takda chance nak tengok2 keadaan kat luar ruma sebab orang
kampung datang berduyun-duyun sampai la ke malam.
kesian orang dapur,..masak sja. kami pun datang makan saja.
nak tolong tapi sapa nak tolong tengok2 anak2.Bole hilang juga..
malam tu seruma tidu awal,.saya pun pening gler kena entaman
sup tulang 'gearbox' kt majlis kawen tu.(alalaa...simptom tinggi darah kot)
Hubby lagi la kesian,.penat gler.