Selasa, 30 Jun 2009

Perkembangan Mental Kanak-Kanak

Panas Baran

Apakah yang dimaksudkan dengan panas baran ?
Panas baran bermaksud luahan ketidakpuasan hati kanak-kanak atau tekanan yang dihadapi sehingga tidak tertanggung lalu menyebabkan kanak-kanak itu menjadi marah sehingga kadangkala menjejaskan emosi mereka seperti menjadi takut. Selalu berlaku pada kanak-kanak yang berumur 2-4 tahun dan terjadi kepada kanak-kanak laki-laki dan perempuan. Setengah kanak-kanak akan kerap mendapat panas baran dan setengahnya pula terjadi sesekali sahaja bergantung pada keadaan individu tersebut.

Apakah tanda dan gejala panas baran ?
Tindakbalas yang berlaku ialah :

  • Menangis
  • Menjerit
  • Menendang
  • Menghentak
  • Menahan nafas
  • Melontar benda atau barang

Apakah yang menyebabkan panas baran berlaku ?
Baran akan kelihatan apabila kanak-kanak itu

  • Berasa letih, lapar atau tidak selesa
  • Tidak mendapat apa yang dikehendaki
  • Tidak mendapat perhatian

Bagaimana panas baran dapat ditangani ?
Ciri-ciri yang dapat membantu ialah :

  • Elakkan berada dalam keadaan yang menjurus ke arah panas baran tersebut jikalau boleh. Contoh : jauhkan daripada objek yang kanak-kanak dapat capai. Cuba alih perhatian Kanak-kanak itu jika perlu.
  • Perlu diingat, terutama kepada kanak-kanak, kurang perhatian ( contoh membiarkan diri dimarahi oleh ibubapa ) adalah lebih baik daripada tidak mendapat layanan .
  • Memberi penghargaan pada kelakuan yang baik adalah lebih elok daripada melayan kanak-kanak ketika dia baran.
  • Tenangkan diri. Panas baran kanak-kanak akan bertambah teruk jika kita sendiri berada dalam keadaan tidak tenang.
  • Perlu bersikap tegas.
  • Cari penyebab berlakunya baran tersebut dan cuba selesaikan secara beransur- ansur.
  • Jika kanak-kanak itu mendapat baran disebabkan dia ingin memiliki sesuatu yang dia tidak dapat, biarkan dan jangan layan kehendaknya tetapi perlu diawasi supaya dia berada dalam keadaan selamat.
  • Masa rehat (Time out )

Jika panas baran menjadi lebih buruk time out (masa rehat) sangat sesuai kepada kanak-kanak yang berumur lebih daripada 3 tahun. Pindahkan kanak-kanak itu dari tempat yang menjadikan dia baran dan letakkan dia di satu sudut di atas kerusi dalam jangkamasa tertentu, beri dia masa sekurang-kurangnya 1 minit untuk setiap tahun umurnya lakukan begitu sehingga dia dapat mengawal baran dan dapat tenangkan perasaannya. Beritahu dia kenapa dia perlu berbuat demikian. Bila kanak-kanak itu sudah selesai di beri masa rehat, jangan marah dia lagi, beri pujian kepadanya kerana ianya dapat menenangkan diri dan dapat mengawal dirinya sendiri.

Dipetik dari :http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/PanasBaranKANAK.php

Tiada ulasan:

Catat Ulasan